Jumaat, 19 Oktober 2012

DAP.CERDIK MAMPOSKAN PAS GUNAKAN POK NIK.

DAP mampu pengaruhi pemimpin PAS berceramah mengutuk dan memcela bangsa dan agama Islam di khalayak bangsa dan agama Islam di sambut dengan laungan takbir tiga kali. DAP juga mampu  arahkan penyokong PAS mempertahankan DAP dan bendera DAP walaupun Pengerusi DAP Kedah membantah perlaksanaan peraturan pada papan iklan. Malah cacaimarba PAS juga sanggup pertahankan Presiden DAP yang hendak menyaman pemimpin PAS . Apa yang cacaimarba PAS tak sanggup lakukan demi mempertahankan pemimpin DAP? Kalau pemimpin mereka sendiri pun cacaimarba sanggup kianati kerana sayangkan DAP apatahlagi ke atas bangsa Melayu dan agama Islam? DAP bijak dan lebih cerdik daripada  pemimpin PAS kerana pemimpin PAS tak mampu mempengaruhi cacaimarba DAP untuk melakukan demikian kepada PAS.

PAS ibarat bulan rindukan roket dan bertepuk sebelah tangan dalam percintaan dengan DAP. APA yang PAS perolehi daripada DAP? Tapi DAP perolehi penyokong PAS. Kini kesetiaan penyokong PAS beralih daripada PAS kepada DAP.

Tahaluf Siyasi lebih menguntungkan DAP berbanding PAS. Segala cerdik pandai dalam Pas sudah dibahlolkan oleh kecerdikan DAP. Boleh tak anda membayangkan bagaimana cerdiknya DAP memperalatkan PAS dan segala jejuak PAS yang mengaku lebih pandai daripada UMNO tunduk patuh dan taat setia kepada kata-kata perintah DAP. Anda mahu jadi begitu jika pangkah PAS?

AES & LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA- KEBEJATAN MINDA POLITIK.


SETIAP KEBAIKAN sudah pasti mendapat bantahan dan penolakan pada peringkat permulaan. Ini kerana setiap manusia tidak mampu mengetahui dan membezakan kebenaran. AES bukanlah mengenai dua syarikat konsesi yang diberikan peluang untuk menjadi kaya raya kerana kontrak AES tapi ianya men genai kecuaian dan kelalaian para pemandu kereta Malaysia. Budaya pemandu Malaysia masih mengamalkan Budaya Membunuh Diri. Puncanya ialah kerana PBT yang tidak peka kepada keperluan para pengguna jalanraya. Kenapa? Sebab PBT tidak pernah nak berfikiran jauh. Begitu juga dengan pemaju-pemaju perumahan di mana mereka membangunkan kawasan-kawasan sempit yang tidak mempunyai akses jalan lebih daripada dua. Malah pemegang konsesi TOL juga tidak begitu bermurah hati kepada para pengguna jalanraya yang membayar tol setiap hari dan sentiasa terperangkap di dalam kesesakan lalulintas.

Bidang Perkhidmatan di Malaysia masih jauh berada dari tahap memuaskan kerana majoriti kakitangan awam masih menyibukkan diri mereka berpolitik setiap masa daripada mementingkan pekerjaan mereka. Boleh dikatakan tidak ada langsung kerjasama dan kordinasi baik di antara semua agensi kerajaan yang terbabit. Rangkaian agensi dan pihak berkuasa serta pihak swasta lebih mengutamakan amalan rasuah berjela-jela daripada memastikan mutu perkhidmatan ditingkatkan. 

Tidak dinafikan pemaju-pemaju perumahan lebih mengutamakan soal keuntungan daripada soal keselamatan dan keselesaan pembeli yang merupakan pengguna jalanraya. Syarikat-syarikat pemaju juga tidak terkecuali dari menjadi prejudis terhadap polisi-polisi awam. Mereka juga tidak bebas dari sebarang agenda dan aspirasi politik pihak tertentu bagi memecahkan majoriti undi pemilih bagi satu-satu kawasan PDM, Parlimen dan DUN.

Oleh itu perlulah ada sebuah ngo yang memantau semua punca dan sebab-musabab kelemahan perkhidmatan yang ada. Kakitangan awam pada peringkat ini masih belum dapat diharapkan sepenuhnya kerana mereka berminda jumud dan enggan memajukan diri mereka sendiri. 



Apabila Ketua Audit Negara mengeluarkan Lapuran Tahunan Audit sepertimana dikehendaki oleh undang-undang , ianya dipolitikkan sesuka hati oleh politikus pakatam tanpa memikirkan impak kepada rakyat. Cacaimarba pakatam turut menyanyikan lagu politik ke tahap menjijikan dan memualkan. Tidak ramai yang mahu berfikir sendiri dan menilai sendiri Lapuran Ketua Audit Negara tersebut. Kebanyakannya hanya mahu bersorak sahaja tanpa memberikan sebarang artikulasi idea bernas bagi mencari solusi.

Tidak ramai yang ingin tahu bagaimana auditor melaksanakan tanggungjawabnya dan sudut pandangnya sebagai seorang auditor dan bukan sebagai ahli politikus. Belaiu hanya menjalankan tugas-tugas dan melapurkan apa yang telah dibelanjakan oleh semua agensi, jabatan dan GLC. Beliau tidak menyentuh kenapa ianya dibelanjakan kerana itu bukan bidangkuasa dan bidang tugasnya.

Tugasan beliau mengikut perundangan negara dan standard-standard piawaian perakaunan yang digunapakai. Berapa ramai yang tahu mengenai ini?

Kebayankan orang lebih suka melompat masuk ke dalam mana-mana "Pancaragam Propaganda Politik" tanpa berfikir dan meneliti sesuatu isu itu. 


Akhirnya semua isu menjadi satu kerumitan kepada rakyat dan kebaikan sesuatu polisi dan sistem itu menjadi tunggang langgang kerana kebejatan pemikiran yang ada. Sampai bila kita harus menyanyi rentak dan irama yang dieprsembahkan oleh para politikus pakatam rakyat yang sengaja mahu menjahanamkan negara dan rakyat ini ke lubang kubur?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...