Selasa, 2 April 2013

#OpsDaulat- MASUK FASA KETIGA: KESTABILAN




Pemburuan saki-baki pengganas sulu diteruskan lagi bagi membersihkan keseluruhan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Walaupun disesetengah tempat, warga tempatan sudah dibenarkan pulang, Pasukan Keselamatan masih menjaga kawasan-kawasan penempatan mereka bagi menjamin keselamatan rakyat

Rakyat tidak seharusnya bimbang dan jangan mudah mendengar khabar-khabar angin dari sesetengah pihak yg cuba mencetuskan suasana panik rakyat. 

"Dalam fasa ketiga ini, tugas ATM ialah mendampingi dan tinggal bersama penduduk tempatan dan membantu seboleh yang mungkin untuk pastikan kehidupan mereka berlangsung seperti mana sebelum berlakunya pencerobohan," katanya pada sidang akhbar di markas operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Selasa.

Selepas 28 hari dilancarkan, Operasi Daulat yang membabitkan gerakan ofensif disusuli penggeledahan dan pembersihan kini memasuki fasa untuk menstabilkan keadaan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata fasa ketiga yang bermula semalam itu memfokuskan kepada usaha membina keyakinan rakyat terhadap keadaan keselamatan secara keseluruhan.

Beliau berkata ia juga memfokuskan usaha memudahkan pemindahan penduduk dari pusat-pusat kediaman ke rumah masing-masing, dengan anggota keselamatan turut mendiami kawasan kampung.

"Kita memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan akan membantu mereka sehingga yakin untuk melakukan aktiviti harian seperti sebelum ini dan untuk itu, unit-unit dan anggota keselamatan akan berkampung bersama penduduk.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata dua daripada empat pusat pemindahan sementara iaitu Fajar Harapan dan Gemala Puri ditutup secara rasmi semalam, diikuti Cenderawasih dan Embara Budi hari ini.

Berikutan kepulangan penduduk ke rumah masing-masing, Zulkifeli berkata Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian yang ditutup sebelum ini akan beroperasi semula mulai Isnin.

Katanya, perkara itu dipersetujui bersama Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud yang kebetulan melawat Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan pagi tadi.

"Kami memutuskan kedua-dua sekolah akan dibuka semula. Ibu bapa dan murid-murid digalakkan ke sekolah untuk membantu pihak pengurusan membersihkan sekolah masing-masing sebelum dibuka semula Isnin ini," katanya.

Ditanya apakah hala tuju Operasi Daulat setelah pusat pemindahan ditutup dan sekolah-sekolah dibuka, Zulkifeli berkata walaupun operasi diperlahankan, kekuatan anggota tentera akan dikekalkan dengan tumpuan beralih kepada pengoperasian Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang baru ditubuhkan.

Beliau berkata usaha menjejaki saki-baki pengganas tetap diteruskan walaupun pasukan keselamatan yakin mereka kini tidak lagi berada di dalam kawasan operasi.

"Usaha menjejak pengganas yang kini kurang daripada 10 orang diteruskan menerusi perisikan dan kita percaya besar kemungkinan mereka tidak lagi berada di dalam kawasan Operasi Daulat," katanya. -- BERNAMA



(Nota Kaki: Sebelum ini penduduk Kg Tjg Batu dan Kg Tandou diberikan keizinan selama 40 minit untuk menilai kerosakan pada rumah kediaman mereka. - Sila lihat Astro Awani).

#PRU13: POLITIK REALITI- JOHOR KUBURAN POLITIK VETERAN PAKATAN & ESOK PARLIMEN BUBAR?

Ceramah pada 1hb April 2013 Majlis Bicara Perdana di  Permas Kempas Johor Bharu.
Gambar Ihsan Utusan Malaysia

Ceramah Tun Dr M di Johor Bharu pada 1 hb April 2013 memang hangat diperkatakan. Di tambah pula dengan temubual Tun Daim dengan wartawan media berbahasa Cina.  Dua perkara ini memang hangat diperkatakan. Sebelum ini kita hanya mendengar auta-auta porpaganda pemimpin-pemimpin saudagar mimpi DAP PKR PAS sahaja mengenai PRU 13. 

Kit Siang yang tercabar dengan seruan Tun Dr Mahathir agar pengundi Johor menjadikan Johor sebagai Kuburan Veteran Politik DAP PKR PAS benar-benar mencuit hati semua. Di tambah dengan kenyataan Tun Daim yang mengatakan Kit Siang sudah sepatutnya bersara seperti beliau saja. Bagi Tun Daim, DAP hendak perubahan tapi gagal melaksanakan perubahan dalaman kerana asik-asik muka lama seperti Kit Siang mengepalai DAP sejak 1969 lagi.

Berita Utama BH pada hari ini. Adakah segala teka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen akan terjawab esok?


Berdasarkan kepada DPT ST4/2012, jumlah pemilih berdaftar ialah 13,291,385 orang juta di mana jumlah pemilih baru pertama kali mengundi kurang lebih dalam 1 juta orang (tolong semak kembali data SPR). Mengikut pola undi sejak 1957 lagi, hampir 95% pengundi sudah tahu siapa yang bakal mereka pilih, Hanya 5% sahaja yang akan membuat keputusan di saat akhir. Peratusan keluar mengundi sejak 1957 sehingga 2008 adalah sekitar 74% - 80% sahaja.

Pihak yang lebih peka dan mengenalpasti 5% tersebutlah akan menang dalam PRU13. Pihak yang mampu memujuk semua pemilih di pdm masing-masing keluar mengundi sehingga 95% juga mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU13.

Memanglah PRU13 kali ini adalah pilihanraya paling meriah dan sengit di antara pihak-pihak yang bertanding. Cuma di sini ambe ingatkan semua, DAP PRK PAS tidak bertanding SEBAGAI SATU ENTITI DINAMAKAN PAKATAN RAKYAT yea. Mereka bertanding di atas tiket masing-masing. So, apa saja MANIFESTO PAKATAN RAKYAT itu cuma MANISFESTO AUTA sahaja. Selamanya PAKATAN RAKYAT TAKKAN DIDAFTARKAN oleh DAP PKR PAS PSM.

Tapi UMNO, MIC, MCA, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP dan beberapa parti komponan BARISAN NASIONAL bertanding di bawah SATU ENTITI DINAMAKAN BARISAN NASIONAL. Sebarang MANIFESTO BN ADALAH SAH DAN BENAR. 

Bila Kit Siang bertanding di Johor, beliau membawa kapasiti DAP dan personaliti beliau sahaja dan bukan aspirasi entiti fantasi bernama PAKATAN RAKYAT. Begitu jugalah dengan mana-mana calun daripada PKR, PAS DAN PSM.

Sentimen pengundi di Johor jauh berbeza dengan sentimen pengundi di sarang dan lubuk DAP di Pulau Pinang. Johor adalah kubu kuat MCA dan UMNO. Pengaruh PAS pun hanya sekadar tiupan bayu di Laut Cina Selatan, hanya mengasyikkan tetapi tidak memberikan sebarang perubahan.

PAS lagi kelakar kerana PAS mempunyai identiti berbeza-beza mengikut negeri-negeri memasing. Tak pernah tunduk kepada kepimpinan Pusat mereka pun. Masing-masing jalan ikut kepala sendiri.

Membandingkan apa berlaku semasa PRN SARAWAK dulu, kita melihat pada akhirnya DAP PKR PAS bertanding sesama sendiri hampir di semua kawasan. Perebutan yang sama akan berlaku semasa PRU13. Setakat mereka tunjuk lakunan mereka semasa penamaan calun itu biasa lah.  Apapun pandangan mana-mana pihak lain yang mengatakan ada kemungkinan DAP diberikan laluan oleh PAS, PKR dan PSM untuk menamatkan MCA, tetapi pengalaman di PRN SARAWAK menafikannya. Mana boleh PKR, PAS dan PSM beri laluan camtu saja kepada DAP. Mana ada tanah lagi nak dirasuahkan oleh DAP kepada PKR, PAS dan PSM. Kesemua mereka TAK MEMPERCAYAI ANTARA SATU SAMA LAIN. 

Apabila pemimpin Barisan Nasional dan pemimpin veteran Barisan Nasional bercakap mereka bercakap berdasarkan FAKTA. Pemimpin DAP PKR PAS PSM bercakap di atas dasar SENTIMEN. So, mereka lebih cenderung ber-AUTA.

Waima Tun Daim meramalkan DAP bakal memenangi beberapa kerusi di Johor tapi yang pastinya, Johor menjadi Kuburan kepada veteran-veteran politik DAP PKR PAS PSM. Kita tengok nanti SIAPA YANG KENA!

#PRU13 - TUN DAIM , BN SAHIH MENANG 2/3 MAJORITI LAH

Tun Daim seorang Otai Politik dan bisnesman yang disegani oleh komuniti Cina Malaysia. Kata-katanya laku dan didengari oleh Taikun-taikun Cina Malaysia.
Beliau seorang pendiam tapi berbisa dan menyengat.
Beliau tak suka ambil tahu hal-hal peribadi oranglain kerana sikapnya yang privasi. Omputih kata Tun Daim jenis orang 'No-nonsense and Privacy Type'

Tun Daim dalam satu temuramah dengan suratkabar berbahasa Cina (30hb Mac 2013) mengatakan faktor calun MB Selangor adalah mustahak. Sumber artikel asal mengenai temuramah tersebut ialah mula di ulas oleh bloger Helen Ang. 

Tun Daim menjawab banyak soalan-soalan yang ditujukan kepada beliau oleh wartawan berkenaan. Tun Daim memperjelaskan pendapatnya mengenai peluang cerah BN dalam PRU 13. (Ini sebagai menjawab soalan-soalan berkenaan yang ditanyakan oleh wartawan terbabit- kalau tak tanya Tun Daim pun tak sentuh)






















Mengenai peluang BN, Tun Daim menyebut BN mempunyai peluang amat cerah untuk menang lebih 2/3 majoriti. 

Selangor boleh jatuh ke tangan BN semula jika BN dapat mengemukakan calun MB Selangor yang boleh di terima ramai dan sesuai. Di Kedah, beliau berpendapat rakyat Kedah bersedia membantu Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.

Manakala BN masih mempunyai peluang menawan Pulau Pinang tetapi sukar kerana mentaliti dan keadaan selesa para pengundi bandar di Pulau Pinang. Di Kelantan akan berlaku satu perubahan tampak yang berimpak besar. Di Perak, peluang BN adalah  lebih cerah sedikit berbanding DAP PKR PAS tapi akan berlaku pertandingan amat sengit.

Ini berdasarkan kepada kesilapan DAP PKR PAS yang begitu besar di negeri-negeri yang mereka tawan. Ketiga parti tersebut gagal total melaksanakan semua janji-janji mereka dalam manisfesto PRU12 lalu. Ini menyebabkan DAP PKR PAS di lihat sebagai tidak mempunyai kredibiliti oleh rakyat. 

Tun Daim menafikan YAB PM terlepas peluang keemasan membubarkan Parlimen seperti yang di jaja oleh pemimpin DAP. Beliau berkata pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. 

Beliau turut menasihati pengundi-pengundi Cina Malaysia agar berhati-hati dan berfikir secara mendalam sebelum mengundi. 

"Apa yang anda dapat dengan menghukum BN?" soalnya.

Tun Daim juga yakin pada kali ini pengundi akan mengundi berdasarkan kepada tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa depan. 

Beliau turut menyindir Lim Kit SIang yang mahu bertanding di Johor Bahru dan berkata jika DAP mahukan perubahan, ianya sepatut bermula dari dalam DAP sendiri. Yakni menukar mana-mana pemimpin veteran DAP seperti Lim Kit Siang ke muka-muka baru. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kehadiran Kit Siang

"Lim Kit Siang sudah melebihi 70 tahun beliau sepatutnya memilih untuk bersara seperti saya" katanya.
Action Party claims to change, there should be more new faces, rather than only daily Lim Kit Siang it.
"Lim Kit Siang over 70-year-old to talk about change, he should be like me, choose to retire.
"Action Party want to change, they should bring new faces to replace the party leader, do not always Lim Kit Siang, Lim Kit Siang from 1969 as leader of the Action Party has forty years the Congress Party, MCA and UMNO years, it has changed a lot of leaders.
"They (Action Party) always stressed the need to change, but they themselves are immutable, Lim Kit Siang or Action Party leaders today. Tan Sri Daim said DAP promised the abolition of the toll station, but they (DAP) build a tunnel with a toll station, showing the contradictions of their policies . - terjemahan google
Nadanya sama dengan nada Tun Dr Mahathir semasa berucap di Johor baru-baru ini. Malah Tun Dr Mahathir menyeru semua pengundi agar menjadikan Johor sebagai Perkuburan kekal mematikan kerjaya ahli politik veteran seperti Lim Kit Siang.

Ucapan Tun Dr Mahathir itu telah mendapat reaksi marah kerana Lim Kit SIang terasa hati di sindir dan di perli pedas dan tajam. Lim Kit Siang mencabar agar Tun dr Mahathir bertanding di 

Mengulas mengenai kejadian di Lahad Datu, Tun Daim berkata ianya menjadi satu kelebihan kepada BN walaupun ia tidak di rancang oleh pihak itu.

Tun Daim terkenal dengan ramalan tepat mengenai PRU12 lalu. Tak hairanlah pandangannya mengenai PRU 13 amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...